Login | Bukutamu | Peta laman |  English Bahasa Malaysia | 1 Pengunjung
MENU

Tinggalkan pesanan anda

ShoutMix chat widget

الوقت كالسيف

PAUTAN

Utusan Malaysia
Kem. Pelajaran Malaysia
Bahagian Pendidikan Guru
IPGM Kampus Darulaman
Peta ke Lokasi Praktikum
Kira Tol Anda
Login ke Sis. Perg. Staf (SPS)
Berita Malaysia ( Arabic)
Fatwa ( USIM)
Hadis Muslim
Blog Us. Zaki ( KJ)


>>  Baca seterusnya

LAMAN UTAMA
SELAMAT BERTUGAS
Ustaz Abd. Aziz bin Hassan telah berangkat ke Amerika Syarikat  untuk bertugas sebagai atase pendidikan di Jabatan Penuntut Malaysia Chicago. Beliau bersama isteri dan anak-anak telah bertolak pada hari Rabu 10.02.2010 ( jam 3 petang) dari KLIA. Kepada seluruh warga IPDA khususnya rakan-rakan pensyarah, staf  dan para pelajar yang tidak sempat ditemui secara peribadi, dipohon beribu ampun dan maaf. Kekangan masa telah membatasi hasrat tersebut. Melalui ruangan ini beliau minta disampaikan salam dan mohon ampun maaf sekali lagi atas segala keterlanjuran kata, tindakan  atau gurauan sepanjang berada di IPG Kampus Darulaman yang mungkin mengguris hati rakan semua. Semoga kita dipertemukan lagi di lain masa.

AL - FATIHAH


Seorang pelajar PISMP Sem 7 Kumpulan Bahasa Arab / Pendidikan Islam Mohd Asyraf bin Mohd Ariffin telah kembali ke rahmatullah pada 29.1.2010 kerana kemalangan di Jalan Alor Setar- Sungai Petani berhampiran Bukit Besar. Pengurusan jenazah beliau telah disempurnakan di Hospital Yan sebelum dibawa pulang ke kampung halaman beliau di Negeri Sembilan.Pihak JAPIM mewakili keluarga Allahyarham mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menguruskan jenazah beliau.Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama -sama golongan yang beriman. Amin.
 

KURNIAAN DARJAH KEBESARAN



Jabatan Pendidikan Islam dan Moral mengucapkan tahniah kepada salah seorang pensyarah di Jabatan ini Tuan Haji Othman Azumi bin Ahmad yang akan menerima Bintang Perkhidmatan Cemerlang Kedah ( B.C.K)
daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah. Pengurniaan pingat dan bintang kebesaran ini dibuat  sempena perayaan ulang tahun keputeraan baginda yang ke 82 pada 17 Januari 2010. Istiadat pengurniaan akan diadakan pada hari Khamis 4 hb Februari 2010 di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, Alor Setar. Semoga dengan pengurniaan ini akan menyemarakkan lagi sumbangan dan khidmat beliau dalam meningkatkan perjuangan memartabatkan Islam terutama dalam bidang yang berkaitan Al Quran . Tahniah sekali lagi.
 

NAIB JOHAN NASYID
Tahniah diucapkan kepada kumpulan nasyid kita atas kejayaan menduduki tempat kedua dalam pertandingan nasyid sempena Karnival Kebudayaan, Kesenian dan Keusahawanan yang diadakan di UUM pada 21 januari 2010 baru-baru ini. UUM selaku tuan rumah telah menjuarai pertandingan tersebut. Tempat ketiga disandang oleh UiTM ( Pulau Pinang ). Tahniah kepada semua .





 

SAPU BERSIH !!!
Tahniah untuk semua . Para peserta dari IPGM Kampus Darulaman telah membolot semua kejohanan yang dipertandingkan dalam Festival Bahasa Arab yang diadakan di IPTB Tunku Bainun baru-baru ini( 27 Oktober 2009). Festival yang dalam bahasa Arabnya di sebut “ Mahrajan Lughah Arabiah” ini dianjurkan dengan penyertaan IPGM  wilayah Utara. Empat kategori telah dipertandingkan iaitu Hiwar ( Dialog), Nasyid, Terjemah, dan Kalimah Sobah ( Ucapan Pagi). Berikut ialah Keputusan pertandingan tersebut :

Kategori Nasyid
Johan : Kumpulan Iltizam ( IPDA)

Kategori Hiwar
Johan : Adibah Dahiyah Ismail (IPDA)
Aimi Nadirah Abd. Malek
Fasihah Mahamad Madani
Noor Azliana Mat Isa
Nur Fatimah Muhammad Noor

Kategori Terjemah
Johan : Saadiah  Mohamed Azhar (IPDA)

Kategori Kalimah Sobah
Johan : Solehuddin Abd Rani ( IPDA)
 
Ustaz Zaki Hasyim selaku ketua Jabatan yang turut mengiringi para peserta telah menerima piala pusingan sebagai johan keseluruhan yang di sampaikan oleh Pengarah IPGM Tunku Bainun Pn Hajah Rohani Ismail. Apa pun, yang penting ialah semangat bertanding di kalangan semua peserta. Terima kasih tidak terhingga kepada IPGM  Tunku Bainun selaku tuan rumah yang telah berjaya menganjurkan majlis dengan baik dan melayan semua tetamu dengan penuh mesra. Selamat bertandang pula ke IPGM KAmpus Darulaman pada tahun hadapan.


 
Ustaz Zaki menunjukkan piala yang dimenangi

NOTA PPISMP  PI/BA/BI/PAQ SEM 3 09

Sila klik di bawah untuk download :

  1.Harun dan Umar Aziz.
2. Sejarah prkmbngan Ulum Hadis
3. U. Hadis -Sistem Dirayah/Riwayah
4.
Istilah2 dalam U.Hadis- Hadis,Sunnah Khabar dll.
5.
Autoriti Hadis dan peranannya
6.
Pandangan orientalis terhadap hadis


INTERAKSI OGOS 2009

Interaksi untuk kumpulan Guru-Guru Pelatih j-QAF  ambilan Januari 2009 dan ambilan Khas Jun 2009 begitu juga SABK KDPM ambilan Nov 2007 akan bermula pada 23 sehingga 27 hb Ogos 09. Surat panggilan telah pun dihantar kepada semua guru-guru pelatih. Sehubungan itu semua guru pelatih diminta membuat persediaan dengan membawa dan membaca modul yang telah dibekalkan. Modul yang dberikan dalam bentuk soft copy ( CD) semasa minggu pendaftaran dahulu hendaklah diprint dan dibawa bersama untuk interaksi kali ini. Modul yang akan digunakan masih lagi modul 1/3. Jika ada sebarang masaalah, hubungi Us. Azhar Abd. Wahab 013-4093072.

 

Sambutan Majlis Maulid Rasul
Sambutan Majlis Maulid Rasul akan diadakan di dewan Besar Ipda pada  10 Mac ini ( selepas maghrib) . Majlis ini akan turut disertai oleh Tuan Pengarah IPGM Kampus Darulaman. Majlis akan bermula dengan perarakan masuk ke Dewan Besar bermula dari masjid An-Nur. Para hadirin akan berselawat sepanjang perarakan tersebut. Majlis di Dewan Besar akan diisi dengan pelbagai program yang akan melibatkan penyertaan pelajar IPGM Kampus Darulaman. Marilah kita sama -sama menjayakan majlis ini disamping dapat menunjukkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW.

>> Baca seterusnya

Praktikum PISMP Sem 5

Kumpulan PISMP Semester 5 akan ( Major B. Arab) akan mula menjalani praktikum mulai  22 Mac 09 sehingga 16 April 09 . Sekolah - sekolah di manapara pelajar ini akan ditempatkan ialah di sekitar Jitra sahaja. Taklimat praktikum untuk pengurus sekolah dan guru  pembimbing telah diadakan pada 10 mac di dewan Zaaba. Para pensyarah dari JAPIM telah dilantik untuk menyelia para pelajar tersebut. Secara purata , seorang pensyarah akan menyelia 2 orang pelajar. Pihak Unit praktikum memahami kesibukan para pensyarah JAPIM kali ini yang terpaksa membuat penyeliaan kepada pelbagai kumpulan seperti kumpulan J-Qaf, KPLI SABK, KDPM SAR ( IPIS) mengaharapkan kerjasama dari semua demi memastikan segala tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan baik . Kepada segala usaha dan kerjasama anda diucapkan terima kasih.
 


>> Baca seterusnya

Carian Google
 
  

RENUNGAN

Taha Hussin ( Sasterawan dan Novelis terkemuka Mesir) mendendami Al -Azhar sehingga beliau menyerang dan memburuk-burukkan institusi pengajian terulung itu melalui tulisannya, kerana ketika beliau ditemuduga untuk memasuki universiti tersebut , Seorang Syeikh berkata kepadanya " Hai orang buta, bacalah surah Al Kahfi"'.  Beliau merasa terhina dengan kata-kata  tersebut.  Kisah ini ditulis oleh beliau dalam  bukunya Al-Ayyam. Beliau merupakan seorang  buta tetapi sering merasa direndah-rendahkan jika dipanggil dengan si buta.
 
* Jangan menghina sesama insan




Pengunjung
Free Web Site Counter
Free Counter

Kajian
Sejauh mana anda mengikuti program program agama yang dianjurkan oleh IPDA?
48% Sering
24% kadang-kadang
28% jarang sekali

Hak Cipta :Japim IPGM Kampus Darulaman